November 14, 2010

KISAH KHULAYI’ DAN ABID

Pada suatu masa ada seorang lelaki yang jahat hidup di kalangan Bani Israel. Beliau telah diberikan gelaran khulayi' yang bermaksud sejahat-jahat manusia kerana kehidupannya penuh dengan mengerjakan perbuatan yang jahat dan fasid.

Pada suatu hari lalu seorang abid(ahli ibadat) Bani Israel yang diberikan kekeramatan awan sentiasa menaungi perjalanannya. Melihat hal tersebut, maka berkatalah si khulayi di dalam hatinya;

"Akulah sejahat-jahat manusia Bani Israel dan dia ini Abid Bani Israel. Maka jikalau aku duduk kepadanya, mudah-mudahan Allah Taala memberi Rahmat kepadaku dengan sebabnya".

Maka duduklah si khulayi' itu bersama-sama dengan si abid itu. Melihat ada manusia jahat yang duduk bersama-sama dengannya, maka berkatalah si abid di dalam hatinya;

"Aku abid Bani Israel dan ini khulayi' Bani Israel duduk dia bersama denganku. Aku minta dipeliharakan diriku daripada hal dirinya yang jahat itu".

Maka berkatalah si abid tadi dengan sombong;

"Berdirilah engkau jauh daripadaku".

Tatkala itu maka Allah telah mewahyukan kepada Nabi Isa alahissalam;

"Suruh olehmu kedua-kedua(khulayi' dan abid) memulakan semula amal ibadat mereka. Maka sesungguhnya telah Aku ampunkan dosa-dosa bagi khulayi' dan telah kubinasakan semua amal si abid".

Maka. berpindahlah awan itu di atas kepala si khulayi'.

No comments:

Post a Comment

Salam ukhwah fillah.. harap sudilah follow